Pusat pentadbiran Bandar Baharu

Rancangan awal pihak kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan yang berada di pekan Bandar Baharu ke Serdang telah ditentang oleh penduduk kampung Sungai kecil hilir dan Relau. Namun Selepas pembinaan jalan tar yang melalui kampung Air Putih hingga Relau dan Sungai kecil hilir, mereka mula menyokong cadangan tersebut. Bermula tahun 1997, pusat pentadbiran kerajaan mula pindah ke Serdang dan bukan lagi di Pekan Bandar Baharu. Serdang dipilih sebagai pusat pentadbiran yang baru kerana ia terletak di tengah-tengah daerah Bandar Baharu. Ini memudahkan orang ramai untuk berurusan. Bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan kerajaan sama ada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, bererapa buah pejabat dan bangunan pentadbiran dan pengurusan kerajaan diwujudkan oleh pihak yang bertanggungjawab di Serdang. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Pejabat Daerah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  2. Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  3. Pejabat Agama Dan Mahkamah Syariah Daerah Bandar Baharu, Serdang
  4. Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Serdang
  5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Serdang
  6. Pejabat Pendaftaran Daerah Bandar Baharu, Serdang
  7. Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang
  8. Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Serdang
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu, Serdang

Rujukan

WikiPedia: Bandar Baharu http://homestaybbaru.blogspot.com/ http://serdangkedahhomestay.blogspot.com/ http://www.bombakedah.gov.my/v1/images/caw/img_caw... http://webjabatan.kedah.gov.my/pdbb/imej/SEJARAH%2... http://webjabatan.kedah.gov.my/ptbb.php http://webjabatan.kedah.gov.my/ptbb/imej/BANDAR%20... http://www.mdbb.gov.my/home http://web.archive.org/web/20120515124836/http://w... https://lh5.googleusercontent.com/-AhTEpT06Ru8/TYb... https://archive.is/20121216071417/v12.lscache7.c.b...